THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 1, 2009

KPI oh KPI...

<2-12-2009>

Sebulan berlalu selepas Mahkamah KL memperkenalkan sistem tracking untuk Mahkamah Rendah...sana sini loyer bercakap tentang KPI..tentang tracking sistem… tetapi malangnya tiada tindakan yang diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan, masing-masing membutakan mata dan memekakkan telinga, langsung tidak mengambil kira cadangan dan kritikan yang disuarakan oleh kami...

Apa nak jadi???

Semalam, kes aku tak listed lagi, dah pegi court berkenaan cek list, takde. Aku disuruh cek dengan mahkamah lain, pun takde juga..disuruh cek dgn MJU, pun tak listed juga..susah la mcm ni..sistem yang tak sistematik, sistem yang tah hapa-hapa ntah, buat sistem syok sendiri..yang susahnya loyer lah, naik turun naik turun macam orang giler. Dah la kes-kes JDS dipindahkan ke Sesyen 1 tanpa sebarang notis, dan sekarang dipindahkan semula ke Sesyen 11 pun tanpa sebarang notis..loyer-loyer semua kena pandai-pandailah kalau nak hidup…

Apa yang akan terjadi, sekiranya sistem ini akan diteruskan…tak dapat aku bayangkan. Mahkamah akan dihujani dengan permohonan-permohonan untuk mengenepikan penghakiman yang dianggap tidak sah…apakah mereka lihat apa yang aku lihat???

Apapun tunggu outcome EGM Majlis Peguam yang akan diadakan pada 12-12-2009 nanti..cakap banyak pun tak guna.. bosan..

0 comments: